Friday, December 31, 2010

Sterling Knight

Assalamualaikum. Hm memandangkan hari yang penuh kebosanan seperti hidup di padang pasir. Aku memang da taktau nak buatpe. So aku decide untuk dengar lagu by Sterling Knight-Hero. Perh gwa cakap lu, lagu ni memang tersangat best beb. Suke sgt. Macam lagu nak ngorat awek lu orang bagi lagu ni pun boleh. Lagi satu penyanyi ni pulak hensem nak mamp, memang aku sangkut betul la. Dah la mate cantik, cair owwwww

Haih apehal la encem sgt mamat ni. Kan bagus kalau dia jadi kawan aku. Haha kalau kau org byk yang nak dia jadi  bf, heh aku pulak tak minat laki macam ni, jambu sgt babe. Aku pun jamban so tak minat la laki jambu. Haha. Taste gwa yang muke macho2, macam ni ke
yang pertama mestilah dia. huhu
Ha ni, walau apak ku kate dia cam pondan. tetap dihati :)
Yang terbaik mcm ni lah, baru macho. Tak jambu
Ciri2 itulah yang perlu ada pada seorang lelaki sejati. Tak main lah jambu2 ni, kegilaan ramai la. I dont like. Haha tak hensem takpe asal macho enn. Tak kaye takpe asal jujur. Aku tak suka laki kaye, kepoyoan melanda dorg. Almaklum lah kaye, sume bnde nak berlagak. Haha

Thursday, December 30, 2010

Congrats Malaysiawwww

Assalamualaikum. Semalam selepas penantian selama 14 tahun Harimau Malaya telah berjaya menewaskan Sang Garuda Boyan. Huhu. Kesian Markus, bengang je bila Malaysia goal kan? Tu la, haritu boleh la kau nak berlakon kau kena laser segala bagai, nak mempertikaikan kelemahan pasukan Malaysia. Sekarang dekat tempat kau sendiri, tgk sendiri la macam mane rimau ni beraksi. And patut bagi setinggi pujian dekat goalkeeper Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat aka KFCM. Dia tersangat tangkas okay. Aku mmg impressive la tgk dia main semalam, dah byk kali Indon try nak score tp cepat2 je dia tgkp. Bagus la awak. Hihi. Semalam jugak dekat twitter beriban cakap pasal KFCM ni. Ramai pun google dia. Aku pun apelagi laju je cari facebook dia. Sekali dah ade awek la, http://www.jejariruncing.blogspot.com/. Haa tgk. awek dia cantik okay. So awek2 kat luar sana, jgn patah hati. Aku pun kecewa sikit. elehh. Tapi takpe, dia dah ade awek pun ape dehal, aku mmg minat kat dia. Wira malaysia. Love you KFCM :)
Tu haa si abang cina
Cik Elia, cun kan? Siap berdivider besi lagi okay :)
Umang aiii sweetnye. Pandai ke apek menyanyi?


Apa2 pun aku doakan dorg due kekal lah, sesuaii sgt. Lagi2 lepas bace blog cik elia yang cerita camne dorg kenal and cpl sume tuu. Sgt manis dan lucu. Haha all the best. Terima kasih kerana membaca

Tuesday, December 28, 2010

Makan2 bersama cikgu

Assalamualaikum. Seperti yang aku janjikan pada entri yang lepas, aku nak update pasal tempat kitorg nak makan after berhempas pulas tolong cikgu. Eceh konon hempas pulas, padahal posing bagai nak gila. Sekejap situ, sekejap sini. Okay kitorg pg makan dekat Johny's tu je. Yang dekat jusco wangsa maju laa. Tak pegi jauh pun. So yang pergi aku, mira chekhalida. Anak cikgu pun ikut sekali. Comel kott, cakap pun pelat. Denga macam nak tergelak, tp the way he's acting was too cute. Geram aku. Bila kitorg nak tgkp gamba dia, dia buat2 tak nampak camera lah konon, pdhal nak pose, malu je tuu. punya bnyak kali si mira try nak capture gambar dia tapi tak dapat2. Malu katekan. So dok tgkap punye tgkap, dapat lah satu gambar yang bagi aku gambar terbaik boleh kitorg tgkp. Sbb yang lain asyik blurr je sbb dia tak dok diam. Ni diaa

Ni diaa, comel kan? Macam cina

Takde kerja macam ni lah jadinya -.-
Adat la perempuan, posing kat tandas je kejenye
Siti Nurhaliza wannabe, suka menyanyi minah ni
Konon2 shopping, padahal tgk2 je pun

Perut aku buncit, korang ade?

Monday, December 20, 2010

Niat murni membantu cikgu

Assalamualaikum. Ye cik kak dan cik abg sekalian. Walaupun aku telah graduate dari sekolah menengah. Aku masih berhubung dgn cikgu aku. Oleh itu aku pun telah diroger kawan2 utk dtg ke sekolah membantu formteacher aku pindah2 barang. Untuk makluman. Sebelum ni formteacher aku which is puan addawiyah berkampung di bilik guru. Setelah cikgu multimedia pindah iaitu Encik Yusuf, Puan Adda pun dipanggil untuk menggantikan tempat Encik Yusuf. Dan aku bersama kwn2 aku kena lah tolong dia angkat2 barang. Fuihhhhh berhabuk habis. Dah lame ke kertas2 dan buku2 tu bertapa kat situ? habis berhabuk baju aku. Nasib baik pakai baju kelabu so taklah nampak sgt. Dah tu dgn panas nye, mau tak berpeluh aku. Nasib baik after dah habis angkut barang. Kitorg ke makmal komp pulak nak susun barang cikgu kat sana. Ahaaa AIRCOND! Baru time ni lah aku terasa bahawa nikmatnye aircondd. Berguna jugak kau untuk menghilangkan kepanasan aku. Okay dan setelah kemas2. Datang pulak si Ajeerah dgn Intan. Perhh yang aku berbulunya, datang bukan nak menolong, setakat usha je kitorg buat kerja. Dorg dgn senang lenangnye baca paper lah, buat kuiz lah. Lagi2 Ajeerah. Panas hati dgn gelagat minah ni. lepas dah halfway kerja. Dtg lah tanda2 kepenatan. Kitorg pun mula buat hal sendiri, dgr2 lagu. Main game. Dan..................... tak lupa juga untuk  posing! Part yang paling aku sukaa. Dan ini lah dia sedikit picisan dari gambar kitorg. Huhu





Ha tu diaa yang pertama. Wait! Ade lagiii
Ops jgn tgk drumstick saye! Besar punya

Eh itu aku, dah macam keje opis. Hikhik
Masing2 buat muka comel

mak enon heran asl kitorg posing meloncat. haha
abg superman! wait for me


muka tgh get ready nak fight
wachaaaaa!

dan aku rasa cukup lah setakat itu je pic2 yg aku nak share. kang lelame korg gak berbulu tgk gambar2 poyo aku. Haha lopeh tu cikgu gwa cakap nak belanje beb! tapi esok la pulok. Dia mintk suggestion kitorg. Mane ehh restoran yg menjadi pilihan kami? Jeng jeng jeng. tunggu lah update aku yg seterusnyaa. Time kasih kerana membaca
                                          

Thursday, December 16, 2010

Misi mencari kerja

Assalamualaikum. Okay semalam, 15.12.2010 aku pegi cari kerja dekat WANGSA WALK MALL. First2 masuk aku ke kedai Tropicana Life. punyalah ramai makhluk Allah kat situ. Aku pun apelagi suruh la Ika yang tanye, al maklum lah pemalu enn, mimpi ah aku nak tanya. Aku diam membisu je. Dah tanya cina tu suruh kitorg isi nama and num phone segala bagai la. Kami hanya menurut perintah. Dah tu dia kata dalam 2 hari dia akan call. Si cina tu macam clumsy. Menyesal nye masuk kedai situ. Next ke kedai kasut Walk In. Kitorg jalan terus straight ke kaunter tak pandang kiri kanan pun. Serase aku takde ape yang menarik. Ahaa pun same jugak, isi name and diorg call. Then kitorg blahh. Nampak pulak vacancy kat A&W. Tak bernafsu kitorg nak masuk sana. Lepas tu naik ke level atas yow. Ke butik ape tah namenye, tak perasan pulak. Khusyuk cari kerja punya pasal. Pun same daaaa, dah isi kitorg chow. 


Next, ke kedai ini (nama kedai tak dpt dinyatakan atas sebab2 tertentu). Banyak der vacancy, ape lagi serbu lahh. Kitorg masuk ade kaka ni terus bawak kitorg dekat sorang amoi lenglui ni. Dia ajak kitorg duduk and terus interview. Mak datuk! Aku baru tanya terus interview? Dia interview cik Ika dulu. Aku duduk jauh sikit je. Tapi aku denga ape yang amoi ni tanya segala macam. Dok pok pek pok pek. Aku terdengar dia kate gaji 1 jam 3 ringgit. Whathefishh! 3 hengget? Betul ke ape aku dengar ni? Macam tak percaya. Tapi takpe, aku diam dulu. Dah selesai dia tanya Ika bila boleh start keja. Cik adik manis ni boleh setuju je cakap minggu depan. Weii makcik, jangan lah! Aku belum diinterview lagi. Si amoi ni pun heran asal minggu depan baru nak start. Sebabnye kakak Ika tunang sabtu nii. Amoi ni pun iyekan aje.


Andd my turn. Dup dap dup dap. Aku duduk dengan penuh sopan. Si lenglui ni senyum baekk je kat aku. Dah tu dia pun tanya la macam ape dia tanya kat si Ika. Lepas tu dia pggil Ika pulak. Nak bercerita rules dekat kedai tu. Aku duk macam tunggul je tunggu cita dia. Berdialog lah kitorg

Amoi : First of all, memandangkan you all masih baru, kami tak provide uniform untuk you berdua. Kalau dah sebulan kerja sini baru kami akan bagi
 Aku : (angguk tanda setuju)
Amoi : You all kena datang right on time. Kat sini you boleh datang from 10-10, 10-7,1-10. You boleh pilih, sebelum you datang, you kene call i bagitahu pukul berapa boleh datang. You ada 1hour untuk break. Boleh pg makan or whatever.
Aku : (angguk lagi tanda setuju, bila lah boleh bersuara ni. Ika pun iyekan aje)
Amoi : Okay biar i bagitahu u, before customer datang, u kene pergi kitchen tanya menu ape yang ade harini.
Aku : Oh kena tnya kitchen menu ape ade before amik order? (ulang balik apa amoi ni cakap sebab aku dah taktau nak cakap apa, ish bodohnye)
Amoi : Yes. nanti kalau dah amik order tiba2 menu tu takde you kena pegi balik dekat customer and amik order lagi. And dalam ni ade macam2 menu. Kalau customer tanya menu itu dan ini rasa apa, you kena tahu. Nanti kami akan bagi you rasa menu.
Aku : I kena rasa satu persatu menu yang ada ke? (dalam hati terpk macam lah aku boleh igt rasa ape menu2 tu)
Amoi: Yes, tapi tak semua. Yang menu tu seems macam pelik je kami akan bg u rase. So bila dorg tanya, you boleh bgtahu menu tu rase ape.
Aku : Okay then. 
Amoi : You all boleh datang pakai baju biasa and sport shoes. Pakai baju hitam pun boleh. So you pula bila boleh start? (soalan untuk aku)
Aku : Aku diam and senyum, pandang Ika dengan penuh malu. Aku cakap lah isnin jugak
Amoi : Isnin juga? Kenapa? You pun nak bertunang macam kakak dia juga ke? 
Ika : No lah, dia kan kawan i. Dia also kena attend majlis tu( sambil2 tu Ika menyampuk backup aku)
Aku : Ye, tu pasal i mau start isnin jugak.(sambil pandang Ika tanda nak blah. Dalam hati dah gwa maki hamun si amoi ni. Agak2 la perli!)
Aku lagi : Takpe lah miss, why dont we give you a call later? Sebab before I datang sini tempat lain pun I dah apply keja(bengang punya pasal, padan muka kau cina!)
Amoi : Oh macam tu, tapi call i ASAP okay. 
Aku : Lah kenapa? You nak pekerja immediately ke?(perli)
Amoi : Iya meh, sekarang pun tak cukup orang
Aku dengan Ika : Okay this Sat we call you and inform u okay. Thnks


Kitorg chow sin dari situ. Aku punya lah  memekak kat Ika maki hamun amoi tuu. Ade ke patut bagi 3 hengget 1 jam? Not worth! Ika pun menconfidentkan aku suruh kerja situ. No I insist, memang tak ahh aku nak keja situ. Bertekak lah aku dengan Ika sbb dia kate kat situ kitorg dpt keja same2. Si Ika pun bukak calc kat phne mengira2 jumlah gaji nye. Seee! Sikit! Taknak taknak! Aku pun cakap papehal kita discuss benda2 ni lain kali je, aku penat! Si ika pun malas memaksa, bukak topik lain lah dia. Haha bagus, sayang kauu  

Thnk you memenatkan diri membaca entry ni. Salam

Tuesday, December 14, 2010

Plan tak menjadik!

Assalamualaikum. Harini plan konong-konong nak pergi cari kerja dgn cik Atika Yaacob lah enn. Aku pun mesej dia tanya pasal itu semua. Dia pun onn je. Lalu kami dah set time untuk pergi pada waktu petang dan target tempat yg hendak dituju ialah area Wangsa Maju. Lalu aku pun sambung tgk jumanji samapi pukul 11 pg. Pastu baca paper, mengeja lah ape yang ade dalam paper tu. Dah rase ngntuk, aku decide untuk take a nap lah enn, konon dalam pukul 3 ke tersedar laa. 

And the story goes..


Tibe2 setelah tidur yang enak, aku tersedar. Tgk jam dah pukul 5 ptg. WhatheF! Asal bangun lambat ni? target pukul 3 nak bangun dan siap2 pergi cari kerja. Aduh dalam hati dah risau takut si Eika marah yela tak tepati jani. Ecehh. Dah tu aku tgk inbox mesej from Eika. Rupanya tak jadi sebab dia nak pergi balai ade hal. Wahh syukran. Selamat aku. And aku pun terus bangun dan menunaikan solat asar. Aku redha jela dengan plan yg tak menjadi ni. yela tak slalu apa yang kita plan menjadi. Bak kata pepatah " kita hanya merancang tuhan yang menetukan "

SPM IS OVER.

Salam sejahtera makhluk2 Allah sekalian. Cukup fair utk org yang muslim bahkan non-muslim  kerana kita sama2 makhluk yang dicipta oleh ALLAH tak kira lah kau bangsa apa sekalipun nyah. Okay topik aku bukan nak bercerita pasal kejadian insan ye. Cuma nak menghebahkan kepada kau, kau dan kau yang aku dah habis SPM. Lu orang dahh? Haha ade yang belum en. Gwa tau. Tapi tkpe, bagi yang belum teruskan perjuangan kalian ye. Jadi memandangkan teman dah habis SPM jadi tugas teman kena mencari koje la pulak. Haiyaa ini yang buat gwa pening babe. Nak cari kerja kat mane daa? Kat jj dah kompem2 boring walaupun aku tak pernah keja situ, tgk pun tau. Ecehwahh yeke? Lantok pii le, ape aku kesah. Yang penting pilihan pertama mesti dekat2 sebabbbb jimat kos. Tak payah la aku nak keluar duit byk utk transport. Jadi dah tentu2 lah aku memilih nak cari kerja kat Wangsa Walk Mall sebab tempat tu pun terletak dalam kawasan Wangsa Maju. Memang jadi pilihan hati dennn lah en. Tapi masalahnye, aku pemalu bhaii, dah tu pemalu korg paham2 sendiri lah camne aku nak bertanya. Nak tgk ade vacancy pun, alahaiiii segan lah! >.<
Jadi next step aku dah bercadang untuk mencari keje bersama Nuatika Yaacob, jadi dialah yang aku akan suruh untuk bertanya, selamat lah aku takyah nak tanya. Paling berani pun call cakap dalam tepon perh gwa paling gentle babe. Jadi misi untuk cari kerja bermula esokk dan seterusnyaaa :)
 

Sunday, December 12, 2010

Terhasil sebuah blog

Salam. Taraaa! Akhirnya terhasil juga lah blog ni. Meraban aku cari sana sini, pelik2 je. Pg mamp la, asalkan aku dah buat cukup. Dah tak larat nak cari lagi. Kene korek ilmu kat org lain camne nak buat itu ini dan sebagainya. Yang sebenau-benaunye, aku dah pernah buat blog ye cik abg dan cik akak, tp disebabkan aku bukan minah blogging, maka blog tu telah terbiar tanpa di-update apa-apa pun. Dah pemalas cenggini tak pat ah jep nak update segala bagai. Akhirnya blog ku telah terkubur begitu sahaja tanpa aku mengingati email dan PASSWORD. Macam harun daaaa, password pun susah nak hengat. Jadi bila dah buat baru, aku pun berazam mintak2 lah lepas ni rajin sikit update. Takkan aku dah meraban cari itu ini dan lastly biar cam tu je. I dont want banana fruit 2 times-ADNAN SEMPIT. So kene lah merajin kan diri mengupdate ye. Jadi kau, kau dan kau yang bace diharap lah berpuas hati dgn blog aku yg tak seberape ni. Bukan nye untuk show pun, tak payah la aku buat cuns-cuns. Haha. Jadii selesai di sini sahaja, TY