Wednesday, May 18, 2011

Goodbye Tyra Jailani

Salam. Entry aku pada harini special to Tyra Jailani sbb dia dah pegi PLKN. So kat sini nak cite la sikit perangai dia. Hee. Tyra hope kau boleh get used dengan keadaan kat sana okay. Okay pagi tadi Tyra dah mengganggu tido aku. Mulenye baru nak maki, tp bile terbaca msg kau, rase sayu dan kesian kat kau tauu. Antara msgnye

Tyra- Aku dalam bas da ni weh. Bongok betul, aku taknak pegi do. Nangis2 aku tadi. Nanti abis plkn aku keje tempat kau
Aku-Jangan macam tu, nanti kang da sampai sane kau taknak balik pulak. Tcare nanti ade bf ensem bagi aku (sempat lagi aku menggatal)
Tyra- Orait derr, tengok2 je aku satu kem dengan ****. Ha cane tu? Hahaha. Kau cuti kan? Semalam msg    ngn jeerah pastu dia ajk pg bercuti nanti. Hahaha (nama tak dpt dinyatakan ats sebab2 tertentu)
Aku-Tak dapat jep, **** kat perak. Hehe. Alah kau ngn  jeerah same gebang je. Cuti, tp rase nak keje. Malas dok uma nnt terkenangkan kau  yang dah pegi PLKN. Hehe
Tyra-Oh yeke, dekat sgt tu perak. Alah gebang sekali sekala takpe kot. Aku da jalan da weh. Hati kat kl, diri kat sarawak, Camtu pulak en. Hehe.
Aku-Oh yeke, rmi tak satu bus tu? cube tgk ade bf hensem tak? Nanti kau amik flight katne? (Menggatal lagiii)
Tyra-Aku amik kat KLIA ler. Ade kot. Tak ramai do budak KL, boleh dikira dengan tangan.
Aku-Oh yeke? Habistu dlm tu bape org je? Mesti best en dapat fly pegi sarawak, tu dikire melancong gak la kan. Hehe (kesian aku tak penah pegi sarawak)  
Tyra-Melancong hek kau. Ade la dalam 30 orang, bosan oh. Lepas ni skandal kau pulak pegi en. *******. Hehehe (tak dapat dinyatakan jugak ats sebab2 tertentu)
Aku-Kau ni, pegi la borak, takkan nak membatu je smpi KLIA. Eleh ******* tu lambat lagi. Yang penting **** tu, risau pulak dia jumpe org lagi comel dari aku. Haha perasan. Kau nanti mesti jumpe bf en. Hish bestnye. Hehe. habistu boleh pki hp hari ape je?
Tyra-Taktau la, hari ahad ngn sabtu kot. Weh giler kau, ***** tetap dihatiku okay.. AKu nak borak camne, sume diam je. Dak sebelah aku ni borak sikit2 je.
Aku-Ala ***** tu lain la, hati org boleh berubah. Buatnye kau jumpe lagi bagus drpd dia, tergugat kau nanti. Oh habistu kau dah topup bape puluh hengget ni? hehe. Ala sebelah kau laki ke pompuan, borak je ape yg patut, kalau laki syok sikit. Hehe kau dah katne ni? (tengok tu, dah la menghasut pastu menggatal lagii, haih aku ni)
Tyra-Aku topup 10 je. Aku da ade kat Bukit Jalil da ni. Pompuan sebelah aku ni. InsyaAllah tak berubah weh. Pandai2 je kau en (bagusnye kawan aku ni, hehe)
Aku-Memang la, tapi susah weh kalau dah jauh ni nak2 kalau kat sane ade laki syok kat kau, tiap2 hari kau mengahdap org same je mane tak cair kan? Hahaha (yaAllah mengahasut lagi)

Lepastu tyra terus menyepi tak reply msg aku. Haha agaknye mungkin busy atau bengang dengan aku asyik menghasut je. Tapi aku tau kau tak bengang, kau tau kan aku camne. Heee. Aku harap kau seronok kat sana, jumpe kawan2 baru TAPI jgn lupe aku, kalau kau lupe aku taknak kawan kau. Hehe. Tapi yang penting setia pada yang satu okay. Aku tau kau boleh kawal, sebab kau kan syg setengah mati dekat ***** tu kan smpi kau sendiri taknak lepaskan dia. Aku terigt dua hari lepas kite pg sogo and pic kau yang paling comel dlm phne kak ina tu. Serious pic tu kelakar nak mampus kan smpi kite semua tergelak besar kat mcD tu. Buruk bebeno rupe kauu. Haha ikutkan nak je aku upload, tapi aku faham kau tak suke, yela pic tu dah menunjukkan betapa tak senonohnye kau. Hee kau jgn risau, pic kau selamat dekat tgn kak ina tu ye. Aku pun terigt time kite jadi promoter tu lepak kat dalam stor pastu lawan ******* en en. Tak terbayang aku do kelakar betul time tu. Pastu rindu nak bergosip dengan kau, nak makan dengan kau. Yang paling penting aku rindu nak KAROKE dengan kau okay. Rindu nak menjerit nyanyi lagu shima, pastu gelek2 nyanyi lagu mas idayu. Seronok gile. Lepas ni kalau kau balik sini aku harap kau tak berubah and still macam dulu. Tapi byk2 perangai kau satu je aku tak minat. Kau suke remind aku bnde yang same SETIAP HARI. Bosan aku tau. Antaranya kau mesti remind aku nanti kite gy karoke tau, esoknye kau remind lagi bnde same. Lepas tu asyik remind aku pasal nak keje lepas habis PLKN. Berapa byk kali dah kau bgtahu aku? Jgn risau okay. Aku igt ape yang kau cakap, sekali kau cakap dah cukup bingit telinge aku. And lepas ni tolong jangan gebang dah okay, rimas aku. Btw youre the best :)







 
  

Sunday, May 8, 2011

The lazy girl

Assalamualaikum.

Today I don’t feel like doing anything
I just wana lay in my bed
Don’t feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
Cus today I swear im not doing anything.

Hee adakah anda tahuu lirik itu? yeay sudah semestinye Bruno Mars-The Lazy Song. Dan saya Si Lazy Girl. Harini mood aku seriously sebijik macam lagu tu okehh. Kau bayangkan pukul 6.40 aku bangun semayang subuh, lepas settle semayang aku terus lay down di atas katil dengan selesanya dan menyambung tidur sehingga pukul 9.30 pagi. Lopeh bangun tu den mencekik pulak. Mak aku beli murtabak do, faveret gwa. Memang sedap ah aku bedal en. Lepas da kenyang tgk tb pulak smpi kol 12. Tetibe mak ayh den nak balik kg pulak di Negeri Sembilan, kg apak ku ye. Balik hari je pun nak nengok nenek aku. Mak saya pulak orang Kelantan. Eceh sebok gak nak bgtau. Bile mereka dah nak bertolak, mak aku da pesan kepada anak daranya ni supaya kemas rumah. Aku pun seperti anak yang patuh hanya mengangguk sambil memberi pujian kepada mak aku sbb baju dia cantik harini. Eceh mentang2 hari ibu kan. Hihi. Haa bercakap pasal hari ibu ape yang korg hadiahkan kepada mak korg? Hadiah berupa ciuman kah atau pun barangan seperti bag kah, lipetik Simply Siti kah dan sebagainye? Aku macam biasa laa. beli present pun mak aku syg nak guna sepertimana aku belikan beg dompet utk dia. Hari esok dan seterusnya aku tgk berbalut plastik lagi beg dompet tu, bila aku tanya jawapan dai sangat membuat aku terharu. "Sayang la nak gune, gune time Hari Raya jela". So hadiah aku untuk Hari Ibu ni hanyalah million hugs and kiss for you bonda. Pesanan aku hargai dan sayangi lah ibu anda selagi mereka masih ada dimuka bumi ini. Salam

Oh bonda Ilapchuuuuu<3

Sunday, May 1, 2011

Title for this entry?

Assalamualaikum. Tulun tulun saye dah kekeringan idea. Tu pashal laa ana da lame tak update blog. Lagipun keje, so balik keje memang tak ahh aku nak bukak blog update segala bagai walaupun ade hot story ala2 "pisang goreng panas" dan hati aku membuak2 nak story kat you ollz tapi disebabkan kemalasan yang mencapai tahap maksima, niat aku terkubur begitu sahaja dan hari2 berlalu tanpa menyebarkan cerita panas itu. Jadi disini saya nak memaklumkan bahawa saya sedang menaiktaraf blog saya yang dah lame tak diusik ni. Ikutkan aku malas nak design2 blog aku cecantik cam org lain. Biorlah mereka bersaing antara satu sama lain tapi blog aku biar lah sesimple ini sahaja. Maleh teman nak nuka lagi. Okay tadi aku terbaca pasal entry Eika http://eikayaacob.blogspot.com/2011_04_01_archive.html. Hamboi, perli aku ke ape? Ish aku bukan ape, since dah naik pangkat ni, aku busy kot. Nak jage staff2 aku lagi, igt senang ke. Tiap2 hari ade je complain, lepas tu kena buat proposal lagi. Dengan nak lepak lagi, mmg tak pat ah der, pengsan aku camtu. Takpe nanti aku cuti kite lepak la en en. Hihi btw aku sendiri taktau arah tuju aku pasal entry ni. Seriously im out of idea. Haha soryy korg, salam

Sunday, April 3, 2011

Konsert tirai AF9

Asaalamualaikum. Semalam iaitu 2 April 2011, konsert tirai AF telah diadakan di Jusco AEON au2. So keadaan di sana sangat menyesakkan okay. Sebelum konsert start aku pergi jalan2 cuci mate dulu kat dalam. Rase dah puas mencuci mate, so kitorg menuju lah ke tempat konsert tersebut. Tgh2 nak jalan tu ade pulak yang tolak, what the h. Sabar jelah. Igt kau sorg ke nak jalan. EE backhand jugak baru tau. So kitorg dah pilih port baik, dok belakang sekali. Jadiknye orang2 yang depan jelah duduk, aku berdiri je, baru puas tgk enn, nak2 kat depan aku ade kipas yang keluar air tu, fuishh nikmat la dalam panas2 tu dapat rase tempias kipas air tu en. And konsert pun bermula lah. Tgh2 aku syok tgk tu, ade pulak sekumpulan budak lalu depan aku and menghalang pandangan aku. Ni yang aku rase nak beduk sorg2 ni. Semak je, pegi la tempat lain. Lepas tu dengan sopan santun nye aku tepuk bahu budak tu suh dia ketepi sikit. Dia tgk aku macam tak puas hati je, hehe kesah pulak aku. Dahtu keadaan dah kembali selesa, datang pulak sorg makcik arab tibe2 melepet kat sebelah aku. Takpe lagi la en dok sebelah aku, tibe2 dia macam tolak aku sikit. Ish makcik, sabar ye behave yourself, saye tau la makcik macam nak berdansa je bile tgk stacy on stage, tapi jgn tolak2 la. Agaknye dari ekspesi muke aku yang comel tu, dia paham kot aku macam tak selesa. So dia move ke sana sikit, thnk you makcik :)
So nak dikatekan dalam banyak2 peserta AF tu, setakat ni lah en bg aku lena okay kot dgn erul sbb dia  bwk lagu korea dgn bagus sekali. Congrats erul, keep it up.

Tu diaa dah rase macam artis. Hehe

Monday, March 21, 2011

Perempuan cantik dan comel

Salam. Dah sekian abad aku meninggalkan blog ni sehingga habuknye melebihi 2 inch. Fuyo menipu. Hehe. Di tgh malam yang sunyi ni, aku ttbe teringin nak berbicara soal perempuan cantik dan comel. Okay first impression orang lelaki bila tgk seorang perempuan mesti terpaut kat muke nye kan sebelum terpaut dekat perangai nye? Bila perempuan tu cantik  mesti that guy macam "weh cun gile pompuan tu". Bila ternampak pompuan comel pulak dorg mesti cam "EEE comel nye budak pompuan tu". Firstly bila terpacul perkataan cantik dan comel tu, korang faham tak ape definisi cantik dan comel tu? Yela wajah perempuan ni tergolong dalam 2 kategori? So perempuan, kau tergolong dalam golongan mane? Adakah kau CANTIK atau COMEL?kau tanye la sape2 ye same ade kau cantik atau comel. Sebelum tanye tu tkyh la nak berkias-kias2 bagai. so straight forward jela and mintak org tu berterus terang je la ye. Yelah manusia sekarang ni byk yang jage perasaan orang and banyak jugak yang menyinggung perasaan orang. Haa kau tergolong dalam golongan mane? Ish aku bukan nak berbicara pasal perasaan2 ni, ni kite bincang on next entry okay. Sekarang fokus dekat entry aku yang bertajuk PEREMPUAN CANTIK DAN COMEL. Okay definisi comel bagi aku ialah seseorang yang mempunyai wajah "babyface" and bile org tgk muke dia, mesti org terasa dia comel. Contoh perempuan cantik adalah seperti ini

Okay dia si comel bertudung



 Hm heliza tersangat lah comel, geram bila tgk dia okay. Mate bulat. Definisi cantik bg aku ialah seorang perempuan yang memiliki wajah manis gituu, kate org bila tgk mesti org kate dia cantik punye. Contoh orang cantik seperti ini
Tu dia si cantik


Erra Fazira memang layak digelar cantik sbb muka dia orang kate ade aura gituu. Cewahh. So bila kau tgk muke someone, kau mesti kategorikan diorang same ade cantik atau comel. Tapi camne pulak kalau dia cantik dan comel. Kirenye due2 kategori tu mmg ade kat dia. And nak tau artis mane yang ade kedua2 kategori tu? The champion goes to


Jeng jeng jeng, hahaha poyo je 






Tu haaaa Nasha Aziz, muka dia mmg ade originality la. Macam asli sgt muke dia. So anda memang layak digelar cantik dan comel lah wehh.

Tuesday, February 1, 2011

Sakit perut+muntah2= ?

Salam. Semalam 31 Januari 2011, hari malang aku. Pepagi bangun aku rase sakit perut, tapi kali ni sakit perut yang lain macam. Memang dah jadi kebiasaan pagi2 mesti perut aku meragam. Bila pagi yang sgt sejuk menyukarkan aku untuk mandi air sejukk, so aku decide mandi air panas la. Dok tgh mandi la tekak aku terasa nak muntah, tp tkpe aku tahan lagii. Bila dah mandi and siap2 nak pegi keje, automatically aku berlari pg toilet pastu muntah. Eh ape jadi ni tetibe muntah? Dahtu muntah bukan keluar ape cam keluar air je, almaklum lah perut kosong. So aku rase aku muntah untuk jangkemase sekejap je la. Dahtu aku makan la roti sebelum pg keje. Bila dah otw ke bustop, dgn keadaan yang sejuk gile tu (dah la hujan 2 hari dari pg smpi ke malam), aku rase cam nak muntah lagi. Tp aku still boleh bertahan. Bila da naik bus, umang aiii sejuk nak mampuih. Terpakse ku tahan kesejukan tu walaupun pada hakikatnye aku dah tak dapek nak menanggung sejuk semulajadi yang dicampur dgn sejuk aircond tu. Bila bus dah smpi kat jalan chowkit, aku dah tutp mulut aku dgn tgn, sbb aku rase aku mmg nak muntah, muke aku pun dah mula berubah tahan sakit.



Bila smpi tmpt keje aku punch in then terus naik tangge ke floor 3, korg igt tgge dia sikit2 je ke? Dgn aku yang tgh nak menahan muntah tu ditambah dgn naik tangge, tercungap2 aku dibuatnye. Tapi betul gwa cakap lu, smpi kat toilet sekali lagi aku termuntah disitu, kali ni muntah aku lagi byk daripada biasa. Ya Allah aku da rase macam nak terkeluar ank tekak aku. Lepas beberape kali aku muntah kat tempat keje, aku decide nak call ayh aku suh amik. Bila sampai aku igtkan kitorg terus balik umah, tapi ayh nak ke kepong jap sbb ade hal. Aku pun terpakse lah ikut. Otw nak pg sane, aku mengadu kat mak aku yang aku nak muntah, cepat2 ayh berhenti kat shell dan aku termuntah sekali lagi disitu, si bonde pun belikan kan mineral water untuk aku. So lepas settle hal kat kepong tu, kitorg pun otw balik. Sampai dekat highway UIA tu, sekali lagi tekak aku rase semacam. Cepat2 aku bgtau ayh suh brhnti, tepat2 keta berhenti dgn rakusnye aku bukak pintu terus muntah dekat tepi highway tu. Dugaan betul la haritu.


Sesudah sampai kat rumah, aku salin baju and tido sbb kepale dah pening and badan aku pun dah tak larat. Dalam dua jam aku tidur, aku bangun terus berlari ke toilet dan muntah2 lagi. Hang tgk la, tak smpt aku nak menggeliat terus berlari ke toilet, tak gile dibuatnye. Letih aku asyik ulang alik ke toilet. Aku pun langsung tak usik makanan sbb tak bernafsu tgk makanan tu walau sesedap mane pun. Sampai ke malam muntah aku tak okay2 lagi. Aku terus muntah, muntah and muntah. Kenape perut aku buat hal ni? Tak cukup ke selame ni aku bg mkan kat kau? Smpi buncit sbb aku dok suapkan kau dgn makanan yang sedap2. Smpi hati kau balas aku camni. Huahua tacing dgn kau. Ya Allah berikanlah aku kesembuhan, Amin

Monday, January 31, 2011

Erti seorang kawan

Salam. Setiap manusia kat dunia ni mesti ada kawan, takde orang yang hidup bersendirian tnpa kawan even kau pemalu tahap cipan sekalipun. Tapi tak setiap kawan jujur. Bila berkawan macam2 jenis perangai kite jumpe. Ade yang duri dalam daging, ade pulak yang gunting dalam lipatan. Adakah ia membawa maksud yang sama? Haha aku pun bedal je. Selama kite berkawan setiap dari kite mesti tak lepas membuat kesilapan. Perasaan kite antara nak dan taknak je untuk memaafkan kesilapan kawan kite. Dalam hati tk simpan dendam, just terasa hati dgn attitude dia selama ni. Soalnye aku bukan terasa hati ke ape, aku just gembira ade kawan yang sentiasa ada untuk aku mase aku tgh down. 2 3 hari lepas, aku memang ade konflik dgn seseorang (nama tak dapat dinyatakan ats sebab2 tertentu). Tetapi jantina lelaki. Lelaki ini yang buat aku tersinggung, lelaki ini yang buat aku kecik hati, lelaki ini yang buat aku bengang, lelaki ini yang menyakitkan hati aku. Lelaki ini yang buat aku menangis even dia sendiri tak sedar dia dah buat aku camtu. Tapi tkpe, aku tau kau bengang ngn aku. Kire sesi nak balas dendam kau terbalas ke dgn mendera aku macam haritu? Its okay hal kecik tu sikit pun gwa tak heran, aku tau kau bengang tp tkpe redakan aje. Bak kate mak aku, biar orang buat kite jgn kite buat orang. Walaupun kdg2 aku tak setuju dgn mak aku tp tkpe aku masih dalam kategori bersabar wahai hamba Allah. Disaat aku tgh down aku mmg perlukan kawan utk bercerita. Saat itu lah Nuatikah Yaacob ada untuk aku. Thnks sbb sanggup dnga masalah aku, msg2 aku suh aku bersabar, selalu setia jadi kawan aku. Kau selalu teman aku. Kau sentiasa yang terbaik untuk aku. Syg kau muchmuch :P

Tuesday, January 25, 2011

Kerja kerja kerja

Salam. Lame dah tak update ini blog ye. Eheh. Hari ni selasa 25 jan 2011 birthday mak den. Belum wish lagii, halamak! Malam kang balik kerja nak cium2 dia. nak bg present tgh sengkek. Soryy bonde. Love you muchmuch. Hehe. Harini kerja laa. Dan baru sebentar tadi tyra jailani text aku. Katenye
"Mar, aku tgh tunggu bas ni, nnt da sampai aku msg or call tau. Papehal tggu kat bustop. Taw2."
Aduyai macam mane ni? Aku tak siap lagii, aiseymann kang memekak pulak si kepoh tu. Haha so i gtg. Nak pg kerja. Oh lupa, saya partime di ELLE KL SOGO. Hehe saje nak promote, cewahhh. Bye. Salam